Sebab Keputihan Kanak-Kanak

Tahukah anda. Keputihan bukan sahaja dialami wanita, tetapi ia juga dialami dikalangan kanak-kanak. Apakah sebab keputihan kanak-kanak?

Keputihan bagi wanita dewasa adalah normal, yang biasanya ada beberapa hari sebelum haid, waktu subur dan juga beberapa hari selepas habis haid. Selain dari waktu atau tempoh tadi, ia adalah tak normal. Namun, ada ketika kanak-kanak juga mengalami masalah keputihan. Pembentukan kemaluan bayi dan kanak-kanak ada kala belum sempurna seperti dewasa dan ini boleh menyebabkan mereka mudah terdedah pada jangkitan kuman.

Antara sebab keputihan kanak kanak ialah:

1) Bakteria Haemophilus influenza

Bakteria Haemophilus influenza termasuk dalam kateogri bakteria patogen. Bakteria ini normalnya berada di saluran pernafasan . Perpindahan ke kawasan kemaluan adalah melalui tangan.

2) Bakteria Shigella

Bakteria Shigella merupakan bakteria patogen yang berada di organ pencernaan. Biasanya, bakteria ini menjadi penyebab terjadinya cirit birit. Perpindahan bakteria ke dalam kemaluan anak adalah melalui usus. Salah satu penyebab perkembangan bakteria tersebut pada kemaluan anak adalah kurangnya hormon estrogen.

Keputihan yang dibawa oleh bakteria Shigella biasanya bermula dengan cirit. Berbeza dengan keputihan patologi pada umumnya, keputihan ini tidak menimbulkan rasa gatal dan nyeri pada kemaluan. Cairan yang keluar berwarna putih dengan bau yang busuk disertai sedikit darah.

3) Cacing Kremi (Oxyuris vermicularis)

Disebabkan posisi kemaluan dan dubur pada bayi dan anak berdekatan, Oxyuris vermicularis sangat mudah memasuki ke dalam kemaluan melalui dubur. Jika dijangkiti, biasanya akan terasa gatal di sekitar dubur, khususnya pada waktu malam. Cecair keputihan yang keluar sangat banyak dan berbau busuk.

4) Bakteria Neisseria gonorrhoea dan Chlamydia trachomatis serta parasit Trichomonas vaginalis

Gejala keputihan yang dibawa oleh Bakteria Neisseria gonorrboeae dan Chlamydia trachomatis, serta parasit Trichomonas vaginalis adalah sama dengan yang dialami oleh wanita dewasa.

5) Kulat Candida albican

Keputihan pada bayi dan anak yang disebabkan oleh kulat Candida albican sangat jarang berlaku. Ini disebabkan oleh tingginya pH kemaluan bayi dan kanak kanak, sehingga kulat tersebut tidak dapat tumbuh dengan subur. Namun, kulat ini sangat mudah dijangkiti pada wanita dewasa.

Jika terdapat gejala-gejala seperti diatas , sebaiknya bawalah bayi atau kanak kanak tersebut segera ke klinik bagi pemeriksaan selanjutnya.

Seperti yang kita biasa dengar, mencegah lebih baik dari mengubati. Seharusnya kita para ibu harus peka mengenai kesihatan rahim anak-anak kerana masalah yang dialami boleh memberi kesan jangka panjang.

Antara TIPS pencegahan yang boleh diamalkan oleh ibu bapa terhadap anak perempuan ialah:

  • Luaskan posisi lutut bayi dan anak ketika buang air kecil. Ini perlu dilakukan agar air kencing tidak bertakung di sekitar kemaluan.
  • Keringkan kemaluan bayi dan anak sesudah membuang air kecil.
  • Membilas/mencuci kemaluan bayi dan anak dengan betul ,iaitu dari depan ke belakang.
  • Jangan biarkan bayi dan anak mandi terlalu lama, apatah lagi berendam agar kemaluan mereka tidak terlalu lembap.
  • Hindari menabur bedak dikawasan kemaluan.
  • Hindari penggunaan sabun/shampu/pewangi secara langsung pada kemaluan bayi dan anak.
  • Pilihlah pakaian dalam yang longgar dan dibuat dari bahan yang mudah menyerap peluh, agar kemaluan bayi dan anak sentiasa kering dan tidak lembap.
  • Segera membuat pemeriksaan diklinik jika anak mengeluh merasa sakit ketika membuang air kecil atau kerap menahan dari membuang air kecil.
  • Awasi lah jika anak mula menggaru kemaluannya
  • Biasakan mengganti pakaian dalam anak sekitar 2-3 kali sehari agar kemaluannya sentiasa kering. Untuk lebih mudah, pakaikan pantiliner herba AVAIL bagi mengelakkan jangkitan kuman pada kemaluan anak.

Pantiliner herba AVAIL mengandungi herba terpilih yang bertindak sebagai ANTISEPTIK untuk mengelakkan berlakunya jangkitan kuman atau kulat. Kandungan pH juga akan lebih terpelihara dan stabil. Alternatif ini amatlah disarankan oleh Doktor Pakar Sakit Puan, Dr Mohd Nazri.

sebab keputihan kanak kanak

Bagi mencuba pantiliner Avail untuk merawat keputihan kanak-kanak atau wanita, boleh hubungi 013 9714599. Klik di sini untuk melihat pakej yang ditawarkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Avail Beauty Help Chat
Send via WhatsApp