Rawatan Keputihan Kanak-Kanak

Saya dihujani oleh beberapa pertanyaan mengenai keputihan kanak-kanak. Kini, ramai kanak-kanak mengalami masalah keputihan seawal 4-5tahun.

Para ibu mengadu anak-anak mengalami keputihan dan jika ia tidak dirawat, masalah kegatalan juga akan berlaku. Keputihan ada kala ia berwarna jernih atau kuning, malah ada juga sehingga kehijauan (jangkitan kuman yang teruk).

Biasanya masalah keputihan ini disebabkan oleh jangkitan kuman pada rahim atau kemaluan mereka. Jangkitan kuman tidak boleh dipandang ringan.

Kulat seperti Candida boleh menyebabkan pengeluaran discaj yang banyak, berketul dan kegatalan. Ada juga kes di mana cacing kerawit atau bendasing seperti pasir masuk ke dalam kemaluan kanak-kanak semasa mereka bermain. Perbuatan seperti meletakkan bedak talcum di kawasan kemaluan bayi dan kanak-kanak juga haruslah dielakkan.

Antara faktor terjadinya jangkitan kuman ialah:

1)Penjagaan Kebersihan

Kanak-kanak perlu dididik sejak kecil lagi mengenai cara yang betul mencuci kemaluan selepas ke tandas.Cara yang betul dan perlu dipraktikan juga untuk orang dewasa ialah dengan mencuci kemaluan dari depan ke belakang dan bukan sebaliknya. Ini dapat mengelakkan najis atau bakteria dari masuk ke dalam faraj atau pundi kencing. Mengeringkan kawasan kemaluan selepas mencuci dengan tuala lembut dan sebaik-baiknya elakkan pengunaan sabun yang mengandungi haruman.

Permukaan kulit kemaluan pada bayi dan kanak-kanak perempuan yang masih kecil ada kala masih belum sempurna pembentukannya. Bahagian luar kemaluan belum berkembng, lemak masih nipis dan saluran kencing serta liang kemaluan masih belum terlindung sepenuhnya. Ini meningkatkan lagi risiko berlakunya keputihan pada kanak-kanak.

2) Penggunaan Pencuci

Sememangnya pencuci untuk wanita (feminine wash) sangat banyak di pasaran. Logiknya, ia bagus untuk kesihatan dalaman wanita. Namun, pakar sakit puan Dr Mohd Nazri tak menggalakkan penggunaannya kerana khuatir pH pada kemaluan nanti akan tidak normal.

Jika perlu mengguna pencuci sekalipun pastikan ianya ada pH3.8– 4.2 yang diperakui pakar seluruh dunia bagi kegunaan kawasan intim.

3) Pemilihan Pakaian Dalam

Pemilihan material seluar dalam pula bagi kanak-kanak yang kerap mengalami alahan atau kegatalan. Cuba belikan seluar dalam dari jenis kapas/ cotton. Kapas lebih menyerap haba dan peluh. Disamping itu, rasulullah juga amat menyarankan penggunaan kapas bagi rahim wanita.

4) Pemakaian Pantiliner Antiseptik

Selain itu, keputihan kanak-kanak boleh dirawat dengan memakai pantiliner AVAIL. Alternatif ini amatlah disarankan oleh Doktor Pakar Sakit Puan, Dr Mohd Nazri.

Pantiliner AVAIL mengandungi herba terpilih yang bertindak sebagai ANTISEPTIKuntuk mengelakkan berlakunya jangkitan kuman atau kulat. Kandungan pH juga akan lebih terpelihara dan stabil.

Sehingga kini, ramai kanak-kanak seusia 4-5 tahun yang mengalami keputihan sehinggakan berbau pada kawasan kemaluan, sudah dapat dirawat.

Salah satu cara mudah untuk ibu bapa mengesan masalah keputihan pada kanak-kanak ialah melalui seluar dalam anak. Biasanya seluar dalam kanak-kanak yang mengalami masalah keputihan sering dihurung semut dan mudah koyak pada bahagian kemaluan.

Ibu bapa mestilah mengambil langkah dalam menangani dan merawat masalah keputihan kanak-kanak secepat mungkin kerana ia boleh menjadi lebih serius jika tidak dirawat pada peringkat awal

Oleh itu, ibu bapa harus mainkan peranan untuk mengajar anak-anak mengenai kebersihan bagi mengelakkan berlakunya jangkitan kuman dan keputihan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Avail Beauty Help Chat
Send via WhatsApp